- DEFINISI
- Secara umumnya pentaksiran ialah suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk memperoleh maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Menurut Dunn (1991), pentaksiran ialah satu proses pengumpulan maklumat oleh guru tentang pelajarnya dan oleh pelajar sendiri tentang kemajuan mereka. Menurut Kementerian Pelajaran pula menyatakan definisi pentaksiran ialah merupakan suatu proses untuk mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian pelajar secara menyeluruh berasaskan matlamat kurikulum
Pentaksiran terdiri daripada pengukuran, pengujian dan penilaian:
Pentaksiran ialah proses mentafsir data berbentuk nurmerik yang diperoleh semasa membuat pengujian terhadap seseorang individu.
- Ali = 90% bermaksud cemerlang dalam subjek berkenaan
- Abu = 40% bermaksud lemah dalam subjek berkenaan
Penilaian adalah untuk memperbaiki atau mengenalpasti kelemahan yang wujud pada pelajar melalui Penilaian Formatif dan Penilaian Sumatif
Pengujian ialah suatu prosedur yang sistematik untuk menilai perlakuan dan ilmu pengetahuan seseorang pelajar dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor. (Cronbach, 1970)
Pengukuran adalah proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik berkaitan pencapaian pelajar.
Pengukuran adalah proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik berkaitan pencapaian pelajar.
- TUJUAN PENTAKSIRAN
➟ Proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran.
➟ Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran.
➟ Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.
➟ Beperanan sebagai kayu pengukur kejayaan pihak guru itu sendiri dalam membawa perubahan terhadap pembelajaran murid dibawah bimbingannya.
- PRINSIP PENTAKSIRAN
➟ Membantu murid mencapai perkembangan secara optimum.
➟ Usaha untuk menambahbaikan serta perkembangan kepada pencapaian murid.
➟ Menyediakan murid kearah mengikuti pendidikan formal.
- JENIS PENTAKSIRAN :
➤ PENILAIAN FORMATIF
Ia dijalankan secara berterusan, diintegrasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran(P&P) dengan tujuan agar aspek pengukuran murid juga lebih bersifat menyeluruh. Teknik formatif yang dijalankan secara tidak formal ialah seperti perbincangan, kuiz, soal jawab lisan dan sebagainya.(Black & William, 1998)
➤ BERASASKAN PRESTASI
➪ Pentaksiran Formal: Ia dijalankan dengan guru melaksanakan ujian, kuiz, esei dan sebagainya. Setelah itu, guru tersebut akan memberikan markah kepada pelajar-pelajarnya.
➪ Pentaksiran Tak Formal: Ia dilaksanakan melalui kemahiran membaca kerana kemahiran ini dapat menggambarkan kebolehan dan perkembangan membaca.
Ia sama dengan pentaksiran sumatif kerana ia berfokuskan kepada pencapaian.
Namun bezanya ialah tugasan yang diberikan didefinisikan dengan sempurna dan murid diarahkan mencipta atau melakukan sesuatu, biasanya ia melibatkan aplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam dunia sebenar.
➤ INTERNAL DAN EKSTERNAL
➯ Pentaksiran Internal: Ia ditentukan dan disemak oleh sekolah (guru).
➪ Pentaksiran Eksternal: Ia ditentukan oleh sesuatu badan atau sindiket atau badan seperti Majlis Peperiksaan Malaysia.
⤷ Contohnya, Kertas pentaksiran ditanda oleh pihak luar dan murid hanya mendapat markah pentaksiran sahaja yang mana murid tidak dimaklumkan akan kelemahan mereka.
➤ PENILAIAN SUMATIF
Ia merupakan peringkat perumusan dimana yang bertujuan untuk mengetahui sejauh mana murid telah belajar dan menguasai apa yang telah dipelajari. Maklumat tersebut akan dinilai dan dibuat laporan oleh guru tersebut. Maklumat ini akan digunakan oleh guru lain untuk meneruskan pengajaran murid pada tahun berikutnya.
⟶ Contohnya: Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Pentaksiran ini dapat menaksir kebolehan pelajar bukan berasaskan peperiksaan tetapi dengan penilaian guru didalam kelas. Sila layari laman web ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang sistem PBS ini.
https://youtu.be/nkrKVPJRkko
https://youtu.be/nkrKVPJRkko
slideshare.net
- TUJUAN KEPELBAGAIAN PENTAKSIRAN
➟ Mempunyai fungsi tekniknya yang tersendiri bagi setiap pentaksiran dan saling melengkapi antara satu sama lain.
➟ Untuk memastikan perkara yang diukur mempunyai kesahan konstruk yang tinggi
➟ Untuk memastikan maklumat pentaksiran yang diperolehi membolehkan guru membuat keputusan secara tepat berdasarkan keupayaan, kebolehan dan kemahiran yang dicapai oleh murid.
- PERSEDIAAN UNTUK PENTAKSIRAN
TUGASAN INDIVIDU
➟ Menyusun jadual belajar dengan baik
➟ Memahami dan menghafal nota
➟ Membuat nota yang baik
TUGASAN BERKUMPULAN
➟ Terokai tugasan yang diberikan bersama-sama. Ketua kumpulan membahagikan tugasan untuk setiap ahli kumpulannya
➟ Membina peta minda untuk pentaksiran dan diselesaikan oleh ahli kumpulan.
INTEGRASI PELAJAR
➟ Idea yang dipersembahkan seyogianya tulin, ciptaan sendiri dan bukannya mencuri atau mengambil dari individu lain.
No comments:
Post a Comment