Friday, 28 September 2018

Kemahiran Memproses Maklumat Dan Penyediaan Bahan Bertulis

APAKAH DEFINISI KEMAHIRAN MEMPEROSES MAKLUMAT DAN PENYEDIAAN BAHAN BERTULIS ?

 Kemahiran memproses maklumat adalah keupayaan dan kebeolehan sesorang pelajar dalam untuk menganalisis dan mentafsir bahan yang dibaca dan diidengari. Manakala penyediaan bahan bertulis adalah , menyediakan sesuatu bahan untuk sesuatu penulisan yang diperlukan bagi menyempurnakan sesuatu tugasan dengan baik .
 TUJUAN :
 - Menganalisis maklumat daripada pelbagai sumber maklumat bagi meningkatkan pemahaman dan menyempurnakan tugasan .
 - Merangsang idea-idea bernas melalui perolehan maklumat dan menjana pemikiran yang kreatif dan kritis.

 KEMAHIRAN MENGANALISIS SECARA KRITIS

 Terbahagi kepada dua bahagian , iaitu :
 1) Menganalisis idea
 2) Menganalisis hujah .

 (A) Menganalisis Idea Menganalisis sesuatu perkara dengan cara:
 -Mengelas -Membanding dan membeza
 -Meneliti perhubungan bahagian keseluruhan
 -Membuat urutan

 (B) Menganalisis Hujah
 -Mengenal pasti unsur-unsur yang digunakan dalam pemikiran apabila seseorang mengkomunikasikan idea.
 -Mencari sebab dan kesimpulan
 -Mengusul periksa andaian
 -Membuat urutan
 -Mengatur perkara-perkara mengikut satu susunan berdasarkan criteria yang bermakna.
 -Perkara yang dikaji pula boleh merupakan sesuatu objek, organism, idea, atau institusi.



6.1 MENGANALISIS MAKLUMAT YANG DIKUMPUL .

Maklumat boleh dianalisis dengan dua cara iaitu : 
1) Maklumat berbentuk kuantitatif 
2) Maklumat berbentuk kualitatif 


6.1.1 MAKLUMAT BERBENTUK KUANTITATIF 


Maklumat berbentuk kuantitatif adalah data berbentuk angka yang boleh diukur melalui pelbagai kaedah seperti jadual , graf lengkung , graf bar , carta pai dan piktograf . 


Image result for contoh jadual

Jadual 

Related image
Graf Lengkung 

Image result for contoh graf bar

Graf Bar 

Image result for contoh carta pai
Carta Pai 

Image result for contoh piktograf

Piktograf 

Manakala maksud maklumat kualitatif adalah , data berbentuk perkataan atau ayat yang dikumpul melalui temubual atau yang direkod dalam bentuk gambar atau video.

 Contoh Gambar 

Contoh video temubual boleh dilihat di : https://www.youtube.com/watch?v=SsdENQs6RAk
Contoh video boleh dilihat di : https://www.youtube.com/watch?v=MUEX7u2dXVk&t=41s

6.2 MENTAFSIR MAKLUMAT DAN MEMBUAT KESIMPULAN 

1) Apakah yang dimaksudkan dengan mentafsir maklumat ? 

- Mentafsir maklumat adalah memberi penerangan atau mengulas tentang sesuatu bahan.
- Contohnya mentafsir teks adalah menggunakan kaedah analisis dokumen dengan mendapatkan tema-tema atau menyatakan semula apa yang dikatakan dalam bentuk naratif.
- Contoh lain , mentafsir sesuatu foto , gambar atau lakaran  adalah mencatatkan ciri-ciri yang diperlukan menggunakan senarai semak yang disediakan.

Image result for contoh lakaran

Contoh mentafsir lakaran

Contoh bagi langkah-langkah mentafsir maklumat dalam bentuk teks : 


2) Membuat kesimpulan 

-Kesimpulan merupakan satu kata putus yang diambil pada akhir sesuatu perbincangan . 
-Kesimpulan yang dibuat ke atas data dan teks didapati bahawa kesimpulan yang dibuat ke atas data lebih mudah kerana hasil analisis data biasanya lebih tepat kerana mengikut kiraan yang telah dilakukan.
Kesimpulan yang dibuat ke atas maklumat dalam bentuk teks didapati lebih sukar kerana tafsiran mengikut kehendak dan keperluan pentafsir serta dipengaruhi nilai dan kefahamannya.

6.3 MENILAI MAKLUMAT 

Terdapat dua perkara penting dalam penilaian maklumat : 
1)  Menilai maklumat yang ingin diambil sebagai rujukan 
2) Menilai maklumat dalam penulisan . 

6.3.1 MENILAI MAKLUMAT YANG INGIN DIAMBIL SEBAGAI RUJUKAN 

-Penilaian maklumat dalam penulisan dibuat setelah maklumat dianalisis dan ditafsirkan serta kesimpulan berdasarkan analisis ini dilakukan. 
- Maklumat dinilai melalui pandangan dan idea penulis berdasarkan kesimpulan yang telah disimpulkan oleh penilai melalui analisis . 
- Penilaian dibuat mengikut ciri-ciri : 
*  Autoriti – kesahan dan kebolehpercayaan maklumat yang diperoleh.
*  Ketepatan – maklumat yang tepat dapat memberikan maklumat yang berguna dan  
   manfaat kepada pembaca.
* Saksama (Impartially)- bersifat adil, neutral dan tidak berat sebelah, ia memenuhi objektif
  pembaca.
* Nilai semasa (currency)- maklumat yang terkini
* Lengkap dan jelas( coverage)- memberikan gambaran yang jelas dan lengkap tentang sesebuah isu.

6.3.2 MENILAI MAKLUMAT DALAM PENULISAN 

- Memerhati dan komen setiap cara penulisan dengan mempertimbangkan maklumat secara rasional dan memberi alasan-alasan yang kukuh . 

6.4 MENSINTESIS MAKLUMAT UNTUK MENGHASILKAN BAHAN BERTULIS

Proses mensintesis – peringkat menggabungkan unsur yang berlainan untuk menghasilkan satu idea baru secara menyeluruh. Sintesis juga bermkasud menggabungkan dan menggubah idea. Mensintesis menjadikan data dalam bentuk baru dan bersepadu.
Sintesis maklumat bermaksud menyatukan data-data bagi menghasilkan satu penulisan yang mantap dari segi idea dan pencarian sumber maklumat bagi menyempurnakan tugasan secara sempurna dan menarik . 






No comments:

Post a Comment