REFLEKSI


Topik 7:Kemahiran Memproses Maklumat Dan Penyediaan Bahan Bertulis 

Setelah mempelajari subjek Kemahiran Belajar di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman ( IPGKDA) , saya memperoleh pelbagai maklumat baharu yang membantu saya untuk belajar secara mudah dan teratur . Selain itu , saya juga dapat mempelajari tentang cara-cara menggunakan aplikasi-aplikasi atas talian dengan baik seperti membuat blog . Ia merupakan satu pengalaman baru yang dapat menyuntik semangat saya untuk bergerak maju kehadapan bagi mencungkil potensi diri . Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih saya hulurkan kepada Encik Bukhari Bin Shafie atas segala ilmu yang dicurahkan . Blog ini merupakan hasil titik peluh saya dan rakan-rakan . Blog ini membantu saya dalam memperoleh ilmu baharu dan berkongsi ilmu kepada orang lain . Contohnya , tajuk yang telah saya kaji dan kongsi di laman ini adalah Kemahiran Memperoses Maklumat Dan Penyediaan Bahan Bertulis . Tajuk ini membantu saya untuk lebih memahami cara-cara mengurus maklumat dengan baik dan menulisnya.
Selain itu , subjek ini juga membantu saya mengurus waktu pembelajaran dengan baik . Contohnya , hasil daripada pembelajaran subjek Kemahiran Belajar , saya mula membuat jadual harian bagi memastikan segala aktiviti yang dirancang dan waktu belajar dapat dijalankan secara tersusun .
Akhir kata , subjek Kemahiran Belajar banyak membantu saya dalam kehidupan sebagai seorang pelajar . Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk mempelajari subjek ini . Semoga subjek ini kekal diteruskan bagi memudahkan urusan pelajar-pelajar akan datang . In shaa Allah .




Topik 8 : Sistem Pengurusan Pembelajaran

Setelah saya mempelajari Kursus Kemahiran Belajar ini, saya telah memperoleh banyak ilmu baru  dan menarik untuk dipraktikkan bagi meningkatkan kemahiran belajar saya kea rah pembelajaran yang lebih efektif. Kini, saya sudah mampu menghasilkan sebuah blog hasil daripada penyampaian ilmu dalam kursus ini. Ianya memberikan saya pengalaman yang baru kepada saya walaupun banyak masa yang perlu saya luangkan sepanjang menyiapkan kursus ini iaitu bagi mereka dan menyiapkan sebuah blog di samping berusaha memenuhi setiap kriteria yang dikehendaki oleh pensyarah. Penghasilan blog ini merupakan sebahagian daripada kerja kursus yang ditugaskan kepada saya untuk mempamerkan dan berkongsi tentang beberapa topik daripada kursus ini. Topik saya lebih berfokuskan kepada sistem pengurusan pembelajaran atau Learning Management System (LMS) di mana saya telah memperoleh banyak maklumat mengenai pembelajaran secara dalam talian, Sya dapati ianya sesuatu yang menarik dan wajar dipraktikkan dalam proses pembelajaran abad ke-21 ini melalui penggunaan teknologi yang sedia iada. Walaupun ianya agak mencabar kerana memerlukan kesabaran yang tinggi, perhatian, teknik dan pembacaan yang teliti, namun saya berasa amat beruntung dan bersyukur kerana diberi peluang untuk mendapat pengalaman baru dalam menghasilkan blog yang merupakan sesuatu yang baru bagi saya. Akhir sekali, ucapan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah saya dan seluruh yang membantu saya dalam memghasilkan blog ini.

Topik 9 : Sikap terhadap Pentaksiran

Setelah saya mengambil kursus GKB 1053-Kemahiran Belajar di Institut Pendidikan Guru Darul Aman sebagai pelajar Persediaan Pendidikan Ijazah Sarjana Muda Perguruan, saya memperoleh banyak maklumat serta pengetahuan yang sangat berfaedah dan dapat saya aplikasikan dalam kehidupan saya sebagai seorang pelajar dan sebagai seorang yang bakal bergelar guru. Ia memberikan satu pengalaman yang baharu kepada saya tentang penggunaan IT. Walaupun saya telah didedahkan tentang IT ini sejak daripada sekolah rendah lagi tetapi masih banyak perkara yang saya tidak ketahui. Jadi, kursus ini amat penting untuk saya pelajari kerana ia membawa kepentingan yang sangat besar. Antaranya ialah penggunaan celik akal secara optimum bagi menyelesaikan masalah-masalah yang wujud di sekeliling saya. Sebagai contoh, kerja kursus Kemahiran Belajar meminta saya untuk menghasilkan sebuah blog sendiri. Pada asalnya saya tidak mengetahuinya, namun setelah dibimbing oleh pensyarah serta sahabat yang celik IT, maka saya dipermudahkan untuk melaksanakan tugasan tersebut. Bukan itu sahaja, malah kursus ini juga melatih dan mengajar saya bagaimana untuk mencari dan mengumpul maklumat yang tepat dengan cekap dan pantas. Kemahiran ini amat penting bagi saya kerana ia dapat menjimatkan masa dan menjadikan kerja saya lebih sistematik dan bermakna terutamanya  ketika pengumpulan maklumat. Penggunaan teknologi maklumat ini telah banyak memudahkan segala urusan saya termasuklah dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.  Bukan itu sahaja, malah kursus ini juga menjadikan saya amat berminat untuk belajar dan sentiasa meningkatkan daya intelek saya sepanjang masa. Ini kerana dengan kepelbagaian cara belajar dapat menarik minat saya untuk belajar dan membuatkan saya memberikan tumpuan yang lebih lama dalam proses pembelajaran tersebut. Kesimpulannya kursus Kemahiran Belajar memberikan banyak manfaat kepada diri saya dan amat memudahkan segala urusan saya terutamanya dalam proses pembelajaran saya.

No comments:

Post a Comment