Saturday, 6 October 2018

SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN 

( LEARNING MANAGEMENT SYSTEM )


⇒ Definisi Sistem Pengurusan Pembelajaran ( LMS )

 ⏩Suatu sistem yang menguruskan yang menguruskan aktiviti dan bahan pengajaran yang diperlukan.
 ⏩ LMS ialah sebuah aplikasi perisian untuk pentadbiran, dokumentasi, pengesanan, laporan dan penyampaian kursus pendidikan atau program latihan. (Ellis, 2009)
 ⏩ LMS merupakan sebuah aplikasi pendidikan untuk membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

⤇ Ciri-ciri LMS

Mengikut American Society for Training & Development  (ASTD, 2002), perisian LMS perlu mempunyai ciri-ciri berikut :
~Sistem yang boleh menyokong prinsip pembelajaran yang pelbagai.
~Sistem yang dapat diintegrasikan dengan Sistem Maklumat Sumber Manusia.
~Sistem yang berperanan mentadbir proses pengajaran.

Ciri-ciri utamanya ialah : 
-Boleh dimuat naik dengan mudah menggunakan komputer dan telefon pintar mudah alih 
-Berasaskan web
-Merupakan sistem layan diri di mana pelajar perlu mendaftar sendiri untuk menyertai LMS.

Kegunaan LMS dalam Sistem Pendidikan

Asas aktiviti institusi pendidikan.
➨ Menawarkan pelbagai alatan untuk menyediakan kursus yang lebih efektif untuk meningkatkan prestasi pembelajaran dan tidak hanya berpusatkan guru.
➨ Menyampaikan maklumat dan intipati pemeblajaran dengan tepat dan berkesan.
➨ Meningkatkan penggunaan kemudahan kelas pendidikan jarak jauh melalui pelbagai platform dan menawarkan kelas hibrid.
➨ Menawarkan kos yang lebih efektif.
➨ Pembelajaran dapat diteruskan di mana-mana sahaja pada bila-bila masa tanpa mengira tempat dan waktu.


Kepentingan Penggunaan LMS

⟾ Memudahkan pembelajaran terus berlaku di mana sahaja dan pada bila-bila masa tanpa perlu terikat kepada kelas semata-mata.
⟾ Membolehkan para pelajar meneroka dengan maklumat dan info baru menerusi pelbagai platform.
⟾ Pelajar dapat berbincang dengan pakar dari universiti lain melalui emel atau blackboard.
⟾ Menawarkan pelbagai kemudahan yang dapat memberi manfaat yang besar kepada para pelajar.
⟾ Membolehkan para pelajar merancang pembelajaran serta berhubung dengan pensyarah pada bila-bila masa.

Contoh Open Source Software yang digunakan oleh LMS


⇢ Moodle

⇢ Adobe captive
⇢ Adobe photoshop
⇢ LINUX
⇢ DOS
⇢ UNIX

Contoh Aplikasi LMS

➥EDMODO- Jejaring sosial yang bebas dan selamat digunakan oleh para guru dan para pelajar dan juga sekolah untuk pembelajaran yang berasaskan kepada Learning Management System (LMS)




Contoh Aplikasi Edmodo
Sumber : https://i2.wp.com/mfeldstein.com/wp-content/uploads/2016/08/Home-Screen-Labeled.png?resize=1243%2C716


LEARNBOOST-  Salah satu daripada laman web yang digunakan untuk mengurus bilik darjah dengan menggunakan Amazing Gradebook dan Software untuk mengurus dan merangka pengajaran harian,pengambilan kehadiran pelajar, Jadual Pengajaran dan Pembelajaran, penggunaan Google Apps dan lain-lain.

Contoh Aplikasi Learnboost
Sumber : https://www.learnboost.com/images/website/tour/reporting.png

➥SCHOOLOGY-Salah satu daripada laman web yang berbentuk web sosial dan menawarkan pembelajaran sama seperti di dalam kelas.


                                                   Contoh Aplikasi Schoology
                                   Sumber : https://goo.gl/images/Y7zHLB

Untuk mendapatkan pemahaman yang lebih jelas mengenai maklumat ini, tekan link ini https://youtu.be/zv5bpfxJ2xe














    

BAB 9:SIKAP TERHADAP PENTAKSIRAN



ooxfordfajar.com.my

  • DEFINISI
  •        Secara umumnya pentaksiran ialah suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk memperoleh maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Menurut Dunn (1991), pentaksiran ialah satu proses pengumpulan maklumat oleh guru tentang pelajarnya dan oleh pelajar sendiri tentang kemajuan mereka. Menurut Kementerian Pelajaran pula menyatakan definisi pentaksiran ialah merupakan suatu proses untuk mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian pelajar secara menyeluruh berasaskan matlamat kurikulum

 Pentaksiran terdiri daripada pengukuran, pengujian dan penilaian:

Pentaksiran ialah proses mentafsir data berbentuk nurmerik yang diperoleh semasa membuat pengujian terhadap seseorang individu.
  • Ali = 90% bermaksud cemerlang dalam subjek berkenaan 
  • Abu = 40% bermaksud lemah dalam subjek berkenaan
      PANDUAN PENTAKSIRAN
Sumber : https://goo.gl/images/KYWSyB 
 Penilaian adalah untuk memperbaiki atau mengenalpasti kelemahan yang wujud pada pelajar melalui Penilaian Formatif dan Penilaian Sumatif

 Pengujian ialah suatu prosedur yang sistematik untuk menilai perlakuan dan ilmu pengetahuan seseorang pelajar dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor. (Cronbach, 1970)

 Pengukuran adalah proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik berkaitan pencapaian pelajar.

  • TUJUAN PENTAKSIRAN 
          ➟ Proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran.
          ➟ Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran                                   memperbaiki pengajaran-pembelajaran.
          ➟ Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.    
          ➟ Beperanan sebagai kayu pengukur kejayaan pihak guru itu sendiri dalam membawa                             perubahan terhadap pembelajaran murid dibawah bimbingannya.    

  • PRINSIP PENTAKSIRAN
          ➟ Membantu murid mencapai perkembangan secara optimum.
          ➟ Usaha untuk menambahbaikan serta perkembangan kepada pencapaian murid.
          ➟ Menyediakan murid kearah mengikuti pendidikan formal.

  • JENIS PENTAKSIRAN :
       ➤ PENILAIAN FORMATIF

           Ia dijalankan secara berterusan, diintegrasikan dalam proses pengajaran dan                                         pembelajaran(P&P) dengan tujuan agar aspek pengukuran murid juga lebih bersifat                             menyeluruh. Teknik formatif yang dijalankan secara tidak formal ialah seperti                                       perbincangan, kuiz, soal jawab lisan dan sebagainya.(Black & William, 1998)
           
      ➤ BERASASKAN PRESTASI
             
            ➪ Pentaksiran Formal: Ia dijalankan dengan guru melaksanakan ujian, kuiz, esei dan                               sebagainya. Setelah itu, guru tersebut akan memberikan markah kepada pelajar-pelajarnya.

            ➪ Pentaksiran Tak Formal: Ia dilaksanakan melalui kemahiran membaca kerana kemahiran                     ini dapat menggambarkan kebolehan dan perkembangan membaca.

            Ia sama dengan pentaksiran sumatif kerana ia berfokuskan kepada pencapaian. 
            Namun bezanya ialah tugasan yang diberikan didefinisikan dengan sempurna dan murid                    diarahkan mencipta atau melakukan sesuatu, biasanya ia melibatkan aplikasi pengetahuan                    dan kemahiran dalam dunia sebenar.

               
      ➤ INTERNAL DAN EKSTERNAL

          ➯ Pentaksiran Internal: Ia ditentukan dan disemak oleh sekolah (guru).
              ⤷ Contohnya, murid mendapat markah dan maklum balas daripada pentaksiran yang telah                       dibuat.

          ➪ Pentaksiran Eksternal: Ia ditentukan oleh sesuatu badan atau sindiket atau badan seperti                       Majlis Peperiksaan Malaysia.
               ⤷ Contohnya, Kertas pentaksiran ditanda oleh pihak luar dan murid hanya mendapat                               markah pentaksiran sahaja yang mana murid tidak dimaklumkan akan kelemahan mereka.

      ➤ PENILAIAN SUMATIF
           
          Ia merupakan peringkat perumusan dimana yang bertujuan untuk mengetahui sejauh mana                  murid telah belajar dan menguasai apa yang telah dipelajari. Maklumat tersebut akan dinilai                dan dibuat laporan oleh guru tersebut. Maklumat ini akan digunakan oleh guru lain untuk                    meneruskan pengajaran murid pada tahun berikutnya.
          ⟶ Contohnya: Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Pentaksiran ini dapat menaksir                           kebolehan pelajar bukan berasaskan peperiksaan tetapi dengan penilaian guru didalam kelas.               Sila layari laman web ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang sistem PBS ini.
            https://youtu.be/nkrKVPJRkko
Related image

slideshare.net
  • TUJUAN KEPELBAGAIAN PENTAKSIRAN
        ➟ Mempunyai fungsi tekniknya yang tersendiri bagi setiap pentaksiran dan saling melengkapi                antara satu sama lain. 
         ➟ Untuk memastikan perkara yang diukur mempunyai kesahan konstruk yang tinggi
         ➟ Untuk memastikan maklumat pentaksiran yang diperolehi membolehkan guru membuat                      keputusan secara tepat berdasarkan keupayaan, kebolehan dan kemahiran yang dicapai oleh                murid.

  • PERSEDIAAN UNTUK PENTAKSIRAN
          TUGASAN INDIVIDU

         ➟ Menyusun jadual belajar dengan baik         
         ➟ Memahami dan menghafal nota
         ➟ Membuat nota yang baik     

         TUGASAN BERKUMPULAN

         ➟ Terokai tugasan yang diberikan bersama-sama. Ketua kumpulan membahagikan tugasan                      untuk setiap ahli kumpulannya   
         ➟ Membina peta minda untuk pentaksiran dan diselesaikan oleh ahli kumpulan.
         ➟ Setelah siap, projek kumpulan dibentangkan dalam kelas untuk sesi perbincangan kritik.
         
          INTEGRASI PELAJAR

         ➟ Idea yang dipersembahkan seyogianya tulin, ciptaan sendiri dan bukannya mencuri atau                      mengambil dari individu lain.